Tag Archive: resepi


Laksa sebelum berkuah..uhuhu nyummi kan sila telan air liur

sudah ada kuah…kali ini mencuba resepi baru pulak dan ternyata mmg nyummy ( mintak pujian)

Triflle gambar separuh sebabnya yg separuh dah berlubang dek kerana tidak tahan untuk makan..ehe lupa ambik gmbar sebelum so ini lah padahnya
jadi jangan segan2 telan la air liur sebanyak mungkin yea….ehehe
P/s: blog ini sedikit masa lagi akan bertukar menjadi blog chef wan yea…ekekkeke
Photobucket
Advertisements

resepi dan puasa

selamat hari selasa

wah nk buang sawang jap….lama tak menulis..mood mmg mls tahap gaban…
okeh minggu ni insyallah akan menunaikan puasa enam….kalau rajin till jumaat kalau tak sambung 2 hari lagi hari. isnin dan selasa depan…ikut keadaan semasa..
so semalam 1st berpuasa..kali ini bersama en suami…thnks lalink teman kan i yea
ok so sambung lagi..menu semlm tauhu sumbat,ayam masak black paper dan jugak kacang panjang goreng kunyit..
sebenarnya tauhu sumbat tu percubaan pertama..nk buat tauhu sumbat tu senag dia punya kuah tu..kalau kena kuah tak sedap mmg tak hbis la sbb tauhu tu mmg tawarkan..so ni kira main campak jea..alhmdullilah menjadi
ayam tu pun sama..try n error dah pesan pada en suami kalau tak sedap maaf yea..1st time cuba..gatal xnk google smlm.so main campak dan siap
kacang pulak msk cam biasa..dak tadika pun leh buat..so meh nk bgi resepi
cuba lah yerk
TAUHU SUMBAT

Bahan A
4 ketul tauhu sederhana
segenggan taugeh
setengah batang karot
setengah biji timun (emi xbuh pun)
bahan B
1 setengah biji cili besar merah
2 sudu cuka makan
3 ulas bawang putih
setengah cawan air
1 sudu gula
secubit garam
Cara-caranya
goreng tauhu sehingga garing..sejukkan dan kerat dua..secara segitiga
taugeh di celur,karat dan timun di potong nipis secara memanjang…dan sumbat semua kedalam tauhu
kuah
tumbuk sehingga lumat cili dan jugak bawang putih..masukkan air kedalam kuali..masukkan cili tadi dan letak cuka serta gula dan garam..tunggu mendidih dan angkat…sedia dia hidangkan…
AYAM MASAK BLACK PAPER

bahan2nya

separuh ekor ayam
2 inci halia..1 inci di tumbuk dan 1 inci di hiris halus
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu black paper (ditumbuk)
garam
gula
1 sudu kicap pekat
1 sudu sos tiram
1 sudu cili sos
bebapa biji cili padi (xletak pun xpe..sapa suka pedas leh letak)
sedikit air asam jawa
sedikit sayur seperti
karot
bunga kubis
dan sudip jagung
sayur adalah terpulang pada kehendak sendiri
minyak untuk mengoreng
sedikit air
cara2nya

tumbuk bawang putih,1 inci halia dan bawang merah…masukkan sedikit minyak..tumis bahan yg ditumbuk tadi sehingga garing..masukkan ayam yg di potong kecil ..masukkan sedikit air supaya ayam mudah masak…
masukkan sos tiram,sos cili dan kicap pekat..gaulkan bersama ayam dan biarkan mendidih..masukkan black paper dan cili padi dan kacau lagi..masukkan air asam jawa,garam dan gula..masak sehingga ayam empuk.
last sekali masukkan sayur2an dan bawang besar yg di potong bulat gaul sekejap diatas kuali dan sedia untuk hidang…
p/s: emi mmg suka sayur yg keras2 sikit..org kata masak sedang2..xmasak sgt..

KACANG GORENG KUNYIT
bahan2nya
kacang panjang
1 sudu kunyit
sedikit air
garam
bawang kecil di ricik halus
bawang putih di ricik halus
sedikit sotong yg di potong bulat
5 ekor udang sederhana
cara2nya
tumis bawang kecil dan bawang besar..tunggu sehingga garing..masukkan sootong dan udang..masukkan sedikit air untuk buat kuah,masukkan kunyit dan garam..kacau sehingga sotong dan udang masak..last sekali masukkan kacang panjang..tunggu sehingga 2 minit dan angkat..
okeh selamat mencuba…

Photobucket

~* Popia Pedas*~

yang ni tak tahu apa namanya…emi bagi je nama berdasarkan logik..hikhikhik…

yang pasti mmg nyummi la jugak…sebb dia ada rasarangup, pedas dan manis dalam satu rasa..perghh..sambil menaip ni kecur lak air liur ni..sib la puasa…kalau tak mau tetiba blik buka balang…hikhik

ok la jom emi tulis resepinya

Bahan2nya:
1bungkus Kulit popia
sedikit bijan ( disangai dulu iaitu goreng tnpa minyak)
tepung gandum (bancuh cam gam)
1 cawan gula
cili kering di blend

Cara2nya:
Gulung kulit popia rapat2..gamkan dengan tepunggandum di hujungnya

bijan di sangai

Potong kulit popia secara mengereng
Goreng sehingga garing
toskan minyak dulu

tumis cili kering sehingga pecah minyak
masukkan Gula dan kacau
masukkan sedikit air
bila dah masak masukkan bijan tadi
dan masukkan popia kacau dan api ditutup
siap untuk di makan

dan last emi nak tayang stok kuih raya yg sempat di buat..


Photobucket

Semalam dua kueh raya aku sempat buat…hihi..yang simple dan senang je aku ambik..yang susah2 di tinggalkan

so tgok la sedapkan?..yup mmg sedap sgt…hihihi…nnti jemput beraya ke rumah ye

Resepinya:

1 botol kecil madu
conflakes (guna conflakes timbang je RM5.00)
1 ketul butter cup
1/2 cwn gula
kismis/halwa betik/hirisan badam
coklat rice untuk hiasan

Cara2nya:

panaskan kuali
masukkan buttercup masak sehingga cair
masukkan madu kacau dan masukkan gula hingga hancur
masukkan conflakes dan kismis/halwa betik/hirisan badam
tutup api
masukkan dalam cup dan tabur coklat rice
bakar 15 minit dengan suhu 150 darjah celcius

dan taraa..siap…nyummi
Photobucket

~* Puding Roti *~


Resepi kali ini di cilok dari Dak Tedi…saja mencuba semalam tapi berlainan sikit sebab emi letak sausage dan cheese..dah macam piza lak…hihii..tapi tetap nyummi

yang ni emi letak kismis…saja untuk diberi kepada jiran tetangga
siap dibakar

RESEPINYA

* 12 keping Roti Gardenia di potong kecil-kecil
* 4 biji telur
*1/2 cawan tepung gandum
*1/2 cawan gula pasir
*2 cawan susu segar/susu cair/ air
*1/4 cawan coklat chips/ kismis (emi ganti sausage dan cheese)

Cara-caranya :

*Panaskan oven pada suhu 180 darjah
* Kisar semua bahan kecuali roti dan coklat chips/kismis/sausage/cheese
*Tuang adunan ke dalam roti dan coklat chips /kismis /sausage/chesee. Kacau rata.
* Sapukan butter pada loyang dan tuangkan adunan tadi.
* Bakar selama 30-45 minit

p/s: salin gak dari dak tedi malas nak menaip..ngeh2X..maafkan dinda ye dak tedi..hikhik

malam tadi kul 9.00mlm kami berdua keluar ke pekan kuala..saja melihat bazar2 menjual kelengkapan aidilfitri…

dari pada saja2 tu aku TERbeli dompet dan tudung dibawah ni..suami lak beli tali pinggang…hihi

maafla ye model bergaya tanpa makeup..muka kusam sikit..hihihi…bukan malas tapi kurang mengemari make up ni..cukup sekadar krim dan bedak..saya tetap kelihatan cumil…muhahahaa

p/s: sesuai ke aku pakai tudung SITI ni?..hikhik..faizal tetap puji cumil..jgn muntah ye.,..nnt batal puasa..ngeh3x
Photobucket

~* Murtabak Mini *~


Gambar: Google

salam ramadhan..rini tak tahu nak letak entri apa…pastu terlintas nak letak resepi murtabak mini ni…maaf gambar takde..so google je la

dah 3 kali emi uat..memang laku…takyah uat sos dia..makan begitu saja pun sodap…hikhik
1st buat guna sebiji kentang je dah dapat 7 biji mini murtabak ni…pastu second tu tak ingat bape biji tapi memang banyak..3rd buat kat umah kakak di Alor setar..

licin jugak..kakak emi siap suh anto SMS mintak resepi..so kali ini emi nak kongsi lak ngan anda semua..maybe ada yang dah tahu..tapi emi guna simple je bahan..xbanyak modal

Resepi murtabak mini

Inti

Bahan A
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
serbuk kari
1 ketul kiub ayam knor
garam
Daging kisar/ayam kisar atau ayam/daging fresh
1 biji kentang saiz besar (kalau kecik guna 2biji)- Potong Dadu

bahan B
2 biji telur
Lada Sulah
Bawang besar (dipotong Dadu)
minyak untuk mengoreng
kulit Popia

Cara2nya
bawang kecil,putih dan halia di tumbuk halus.tumis sampai naik bau..masukkan rempah kari ,masukkan kentang yang di potong dadu bersama2 daging..masak sehingga empuk..masukan kiub Knor if dh masin takyah tambah garam..kalau kurang masin tambah sedikit garam..selepas masak masukkan dalam bekas dan sejukkan

pecahkan telur sebiji dan masukkan sedikit lada sulah..pukul sedikit ,masukkan bawang besar yang dipotong dadu,masukan Inti ( dari bahan A)

Kulit popia di buka dan masukkan inti didalam kulit popia..lipat segi 4..goreng dengan minyak yg sedikit.Pastikan yg dilipat berada dibawah supaya apabila mengoreng ianya tak terbuka…

ok selamat mencuba
Photobucket

~* Kuih Raya siap satu *~

Pernah dengan kuih ini..”kuih Batang buruk”…mesti semua sudah dengar kan…hihiii…ni salah satu kuih peberet emi time raya…perghh sedap gila…

semalam dengan kerajinan yang melampau after berbuka di KFC singgah sebentar membeli keperluan untuk menyediakan kuih in…sampai je umah…solat maghrib ,maka kerja pun dimulai…

sapa lagi mangsa…suami la…hihii…dulu ada adik..rindu erli…huuu..dulu kami berdua pasti akan menghabiskan masa menyiapkan kuih raya…skrg feel pun dah kurang..ikut mood je

so tugas sebenar bermula selewat kul 9.00 malam..hiiii..mula2 tu faizal tukang menggoreng kacang…setiap kali aku toleh…pasti aku akan cakap “jangan hangus ye bang”…dia nganguk je…bila kacan dah mula menaikkan bau aku pun suh dia tutup api..biarkan sejuk sambil tu aku potong kulit popiah…

cari pen,basuh bersih,lapkan untuk digunakan menggulung…pastu kul 9.30 kami berdua lari kedepan lak…hahah kelakar je rasa sebb taknk missed tengok TOWER 13…hikhik

sambil tgok TV sambil menggulung kulit popia…hikhik..bila cite habis…mulala kami beroperasi…faizal lagi kena mesin kacang,pastu aku ayakkan,mesin gula dan seterusnya..

bila dah siap semua..aku gaulkan dan sumbatkan dalm kulit popia yg telah digorengkan…fuhsss 1st time cuba uat kuih ni dan rasanya perghhh sedap gila..tapi termanis sikit …hikhik..

suami emi lagi la mula nk rasa satu,pastu lagi satu..last2 emi tutup simpan…pastu ckp jgn bangun uat2 ngigau nk curik kuih ye…hihiiii

ok la tu…malam kang smabung lagi…habiskan serbuk batang buruk dan kulit popia…semalam setel kul 11.30…cuci segala perkakasan dan tido….huhuhu

hari ini lewat sahu..5.20 pg baru tersedar…apa la…sib sempat jamah makanan…

Photobucket

~* Aku Ada Banyak Cerita *~

aku ada banyak cerita mau di kongsi…kalau pun ada 5 page lom cukup nak cerita sepajang hampir dua minggu aku bercuti blog..even hakikatnya aku jadi silent readers pada blog sendiri..hahahah..sungguh hampas gas…hihihi

mana mau cerita dulu..angkat tangan dan sila baris aku mau tengok sapa mau jadi 1st story dalam ini blog ha…

aduyaiiii..ok tanpa membuang masa dan harapan korg juga aku dan tentunya mangsa2 wanted gambar yang akan disiarkan ini..hihi..harap maaf ye..kesulitan amat dikesali..hikhik..

ok jom la terjah..


ini cerita seorang guru kawin..dia ofis mate emi dulu di sekolah lama..hihi..lan tiada peti ais untukmu..so emi nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU Hamdee Azlan Dan wife..pada 06.06.2009..


ini pulak cerita seorang sahabat yang baru dikenali..semasa kursus induksi..sangat comel dan manja..emi suka nyakat dia..hihi..masa kendurinya pun sempat lagi emi sakat..hahah..mmg jahat..so untuk ila emi wish SELAMAT PENGANTIN BARU Ra`ila dan suami pada 06.06.09..wah sungguh jauh umah mu dan kami hampir putus asa untuk kesana..hikhik..nasib ada makcik yang sudi tunjukkan..terima kasih ye makcik..


ini pula cerita tentang seorang sepupu kepada suami..Azrul dan isteri selamat pengantin baru ye..suasana syahdu juga masa kenduri ini..ibunya menitiskan airmata sebb anak sulungnya sudah menamatkan zaman bujang..hihi..aku pun hampir menitiskan airmata..nasib baik aku padan control..hahaha..kalau tak malu je..


habis cerita kawin…ini la kerja yang emi dan pekerja hbiskan dalam cuti sekolah ini..kerja mengecat makmal sekolah..huhuhu..sangat penat..dan memang ceria walaupun emi ini seorang yg keras tangan ye..hihik.. dan hasilnya…jeng jeng jeng


ini dan….


ini..hihii.maaf kalau lukisan tidak cantik ye..thanks aishah for helping bagi idea..


dan akhir sekali perkara yg tidak sah kalau tak uat iaitu..jeng jeng..emi uat apam balik..yeha jadi..ye ye ye jadi n nyummy..meh la sapa nak rasa..urmmmmmm

P/s: saja aku uat korunk terliur