Tag Archive: Muhasabah Diri


~* Hantaran Al-quran *~

Terpanggil untuk sama2 menghayati pengajaran ini…

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra’d

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

sumber: JTKPK.com

Photobucket

Advertisements

~* Mengapa Tangan *~

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri
kamu
ada tanda-tanda kebesaran Tuhan”.

Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan
garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan di tangan kiri
menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8
dan
membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi
dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah
saw
akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yg last tu),!

lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.

Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana
kedua
belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di

tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri.

Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang

dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first
process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah
yg
diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah
sama
dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya
bahan
yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk
kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar
yang
paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the
first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium
Chloride, iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin

menggangu manusia.

2. Cara Rasul ullah mengunyah –

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu

betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Bismilllah -(Bismillahirrahma Nirrahim).

Membaca Bismillah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana
bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila
Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan

itu.

4. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang
menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan
jangan
bernafas sedang kita minum.

Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan
meneguk
air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan
menghembuskan
nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon
dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu

sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk
bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang
berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg

dapat melawan penyakit.

Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan
sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat
mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin

hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya

ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina
hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di
belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan
penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia
ada
di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia
akan
tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya

direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Itulah
sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.

Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi

yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai
Ka ‘ bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi

(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian

oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat
terletaknya
Ka ‘ bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak

maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana
ia
diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia

memijak-mijak yang lain.

Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar,
Maliki,
Hambali, Hanafi dan Syafi ‘ i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam

tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

Jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN.
sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd,
OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu….

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDE RITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ……..

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang…
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….

Kerana dia akan TERLUKAoleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu….

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh….
cukuplah sekadar KEPERLUANmu…
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. Akhirnya ia dibuang….

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA….

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya….
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYAboleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..yang pasti membawa KEBAIKANkepada dirimu.
MENYAYANGIMU… MENGASIHIMU…
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL…

Artikel ini dipetik drpd seorang sahabat, dan saya forwardkan utk manfaat
kpd
diri saya dan semua.

Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. …. baik utk yang melamar
ataupun
yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga…….

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang
mengemudi bahtera rumah tangga..
Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ……

Kerana Dia Manusia Biasa …

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan
pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?
Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah
hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat
ini
saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang

teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah.
Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.
Kalau
dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini
selalu
dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,
dia
jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati.
Ketika
dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka
berdua
baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi
kenyataan.
Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.

Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa
majlis
pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah
gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan
untuk
bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu
(benar-benar
sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan.
Beberapa
kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.

Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan
pernikahannya. That’s all……Kami tenggelam dalam kesibukan
masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya
memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual
-hanya-
berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu

kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya

tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa
kali
Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

“Aku tak boleh tidur.” Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya
faham
keadaanya ketika ini.

“Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.”

“Ya.. ya.” Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu
yang
samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak

perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya
nampak
jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik
ketika
itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini
saya
pendamkan.

“Kenapa kamu memilih dia?” Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari
baringnya
sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja
hiasnya.
Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop
kepada
saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop
surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya
tanpa
mengerti. Eeh…, dia malah ketawa geli hati..

“Buka aja.” Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4,
saya
melihat warnanya putih. Hehehehehehe. …….

“Teruknya dia ni..” Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan
senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula
membacanya.Saya
membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat
inipun
saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu…….

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

********* ********* ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ********* ********* *******
Kepada Yth ………

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan
calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu’alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini
hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya
mohon,
bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ………… … menginginkan anda ………… …
untuk
menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.
Buat
masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi
yang
pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan
isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya
akan
terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar
isteri
dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa
kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi

kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia
biasa.
Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan

merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana

saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat

tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya
memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin

mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya
menikah
untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak
berani
menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih
baik
dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada
saya.
Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho
dengan
jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu’alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

********* ********* ***
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali
ini
saya membaca surat ‘lamaran’ yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan
kata
yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum
tertahan.

“Kenapa kamu memilih dia……?”

“Kerana dia manusia biasa……. ” Dia menjawab mantap. “Di
a sedar
bahawa
dia manusia biasa.. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan
apa-apa.
Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.
Entah
kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.”

“Maksudnya?”

“Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih
ada.
betuI tak? Paling tidak…. Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau
suatu
masa nanti kami jadi miskin.

“Ssttt……. .” Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami
belum
tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling
berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

“Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama.” Kami
kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi

masih terngiang terus ditelinga saya.

“Gik…..?”

“Tidur…… Dah malam.” Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin
dia
tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah
hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika
manusia
sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur
segala
kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah
terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim.. Tidak ada seorang pun yang
tahu
bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi
sebuah ‘proses usaha’. Betapa indah bila proses menuju pernikahan
mengabaikan harta, tahta dan ‘nama’.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang
ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang ‘melekat’ pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan
yang
utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk
ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah
yang
mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan
sebuah
pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan
barokah
dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan
dan
kemantapan untuk menikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi
hadir,
lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam
pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha
menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu ‘alam

Sebenarnya dalam persoalan cinta ini, memang tidak dapat dielakkan, bila sudah timbul keinginan terhadap seseorang, cinta itu akan datang sendiri. Perasaan itu adalah fitrah semulajadi yang tidak perlu diajar atau didatangkan. Sebab itulah Islam amat melarang pergaulan bebas kerana ia boleh merangsang fitrah dan keinginan kepada jantina lain itu.

Apabila seseorang sudah ada keinginan terhadap seseorang yang lain, ada jalan penyelesaiannya yang telah ditentukan oleh Islam. Jika ia mampu untuk berkahwin, digalakkan ia terus berkahwin. Jika tidak ia harus berpuasa untuk melawan keinginannya itu. Bagi mereka yang sudah mampu untuk berkahwin,waktu itulah diharuskan pihak lelaki meminang si anak dara tersebut.

Sewaktu majlis pertunangan itu kedua-dua pasangan teruna dan dara ini boleh dipertemukan dengan ditemani muhrim mereka. Dalam ajaran Islam, harus ditemukan supaya kita tahu apakah mereka setuju untuk meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. Waktu kali pertama pertemuan itulah timbul rasa cinta antara mereka. Bila sudah berjumpa dan ada rasa hati, kahwinkan segera agar kehangatan cinta mereka itu boleh merangsang kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Tapi apa yang berlaku di dalam masyarakat kita, setelah lebih tiga atau empat tahun bercinta, barulah mereka hendak memikirkan untuk mendirikan rumahtangga bersama. Ini sudah terlambat. Ibarat tebu yang hilang manisnya; tinggal hampas sahaja. Manisnya sudah hilang sepanjang masa perkenalan itu. Akibatnya bila mereka mendirikan rumahtangga, kasih sayang antara mereka semakin hambar.

Tidak pelik, jika kita dengar ada pasangan yang baru dua tiga bulan mendirikan rumahtangga, terus bercerai. Islam tidak mempersoalkan tentang sama ada perlu bercinta sebelum kahwin atau cinta selepas kahwin. Tapi yang dilarang ialah cinta yang berpanjangan sebelum kahwin boleh menyebabkan kehangatan kasih sayang itu akan terus malap setelah bernikah.

Justeru itu Islam sangat menggalakkan agar pasangan yang sudah jatuh hati antara mereka sewaktu bertunang dicepatkan proses pernikahan mereka agar kasih sayang terus bertaut dan tidak terus malap . Sebaliknya jika sewaktu bertunang, kedua-duanya atau salah seorang dari mereka tidak terpaut antara mereka, eloklah jika pertunangan itu diputuskan sahaja. Begitulah Islam memberi jalan keluar kepada persoalan cinta