Tag Archive: Makmal komputer


dah siap..yeay

Photobucket

Advertisements

~* Jawatan Baru Kah ? *~

salam..wah dah lama tol tak hapdet ye..gila bersawang tol blog ni..tak percaya tgok la entri terakhir bila? dah bulan lepas hanya 5 kali je aku hapdet..hahaha..

malas la skrg ni..ntah la…mood berblogging seakan hilang…aku kena guna2 ke?..hikhik..astagfirullahalazim….ada lak kat situ..vitamin R tak cukup sebenarnya..so Vitamin M cross line la apa lagi

skrg aku gila berfacebook…bukan gila duk menulis entri tapi gila dok main game kat situ..asik masyuk je..sampai nk tido malam pun leh lagi dok sembang pasal facebook ngan suami..hahaha…penangan gila la ngan facebook…adoi

ok berbalik pada tajuk entri aku tu..ooooo opss jangan salah faham ye…bukannya naik pangkat jauh sekali dpat kenaikkan gaji..tu cuma kerja terpaksa rela..tapi ok la..skrgnya aku ada pengalaman disitu dan pengalaman itu dihargai oleh mereka…ceh

so nnti bermula lah kerja aku…ari tu aku dh buat satu di sk laneh lubok merbau..masih ingat kan?..semalam aku dapat surat perlantikan ni secara rasmi…laku nnti kalu aku mintak kerja lain..hopefully..amin

letter head tu?..dari mana see..hikhik
Pengerusi/Ahli lembaga pemeriksa( ahli je la)hikhik
sain tu yg penting tu

ok la tu je untuk arini..nnti aku tulis lagi ye..if ada kerajinan…doakan aku rajin ye..hiihi

Photobucket

salam ramadhan buat semua sahabat blog yg dikasihi sekalian. Moga anda berada didalam limpahan rahmat ALLAH S.W.T di bulan yg mulia ini

tiada apa coretan untuk dikongsikan sekadar kerja2an yang sama sahaja setiap hari..masih ingat lagi entri ini saya yang menurut perintah. ok hari ini misinya telah dilaksanakan..misi penuh kesopanan dan keterujaan..hihiii..berkhidmat sambil membuat amal kebajikan.

misi nya bermula seawal 8.00 pagi..hari ini datang ke tempat kerja membawa kereta waja kesayangan suami tu..pinjam ye…saya takder kereta..hhhiiii..

punch card dan masuk ke Pusat Kegiatan Guru Talang pickup juruteknik Komputer PKG dan juga seorang student praktikal untuk menemani emi dan selaku pemandu pelancong…yela saya kan orang baru..mana tahu jalan kesana…

so misi pun bermula,jumpa pembantu tadbir kak Ramlah..baik orangnya..comel jugak…dan penuh senyuman menghiasi bibirnya….

disuruhnya kami mengisi buku pelawat dan dibawa ke tempat destinasi iaitu Makmal Komputer Sk Laneh, cantik jugak makmalnya

kami bertiga duduk di meja besar mula2 masuk kemakmal tersebut…segala alatan dikeluarkan 6 buah laptop,LCD Prijector,printer dan desktop untuk proses memeriksa tahap kerosakkan dan tahap logik untuk dihapus kira

emi bahagi sama rata,dan jugak panduan untuk dihapus kira..lin dan shida membantu emi..alhamdullilah selain pengalaman dorang kutip dorang dapat ringankan beban emi…xrugi baik ngan orang ni kan?..sama2 kongsi ilmu

so segala proses dijalankan…sementara menunggu kak ramlah menaip laporan emi tu kami membantu membetulkan NETWORK mereka yg rosak…

satu2 diuji dibilik server..sambil gelak ketawa…hiii..kami uat amal la…hihi…1 Pc rosak..so kami mix and match mana yg elok ngan tak elok..shida la jadi mangsa kami snap gambarnya..

sebb nya selain dia nak uat laporan kami jugak leh masukkan lam blog..thanks shida sebb kena masuk bawah meja..hahaha..sian dia…

ip adress di betulkan dan taraa…5 biji Pc yg tak boleh digunakan hanya 2 sahaja yang benar2 rosak.selepas kami betulkan…..wah seronok sangat..

kami tak sangka walaupun kami perempuan kami dapat jugak uat kerja ini..yela..tentula ada yg tak percaya kami leh uat networking dan betulkan komputer…

cikgu yang tunggu tu pun seronok sebab komputer dah leh guna…
Photobucket

salam ramadhan penuh keberkatan dan jugak salam satu malaysia….jiwa patriotik mesti jugak kena ada kan..?..al maklumla bulan merdeka skrg ni

ok hari ini..emi ingin memberi satu tips and tricks baru untuk pengguna2 teknologi khususnya pengguna Pc,laptp dsbnya…

pernah kah komputer,pc atau laptop anda tidak boleh masuk ke windows?..disebabkan oleh perkara2 yang tertentu terutamanya serangan virus dan sebagainya…

ceh..penatla guna bahasa baku ni…adoi…cam cikgu lak…hiihii..

ok maaf continue balik ye..

mugkin jugak disebbkan oleh kehilangan NTLDR,NTDETECT dan SYSTEM32 CORRUPT..so anda akan meraung berguling2 sbbnya anda bakal kehilangan data2 penting jika data2 tersebut disimpan di pemacu C dalam Pc anda…

selain menggunakan cd boot untuk kembalikan file yg hilang,atau me”repair” windows anda jalan terbaik ialah anda gunalah HIREN BOOT CD version 9.9..

kelebihannya ialah…

anda boleh masuk ke windows anda untuk backup data anda sebelum proses memformat pc anda dijalankan…

ianya seolah2 windows safe mode…so bolehlah anda back up data anda di pemacu D ataw external HDD…



Klik image untuk download

prosesnya hanya semudah ABC

1. download hiren boot Cd version9.9
2. extract folder
3. burn image iso ( icon CD )..jika anda menggunakan nero start smart anda haruslah memilih nero burning Rom-ISO-NEW-FILE-pilih folder yg hendak diburn dan hny pilih hiren boot cd 9.9
4. masukkan CD yg diburn tadi kedalam Pc anda
5. pastikan pc anda di set kepada 1st boot CD ROM
6. pilih mini windows XP
7. tunggu sebentar dan windows anda sedang di load…
8..dan taraa anda boleh masuk ke windows anda untuk back up data2 anda sebelum ianya ilang jika di format…

ok selamat mencuba

Photobucket

see..sapa tahu sekolah ni?..angkat tangan….ada lak orang nak pakai khidmat ni…hhihiii…
terasa diri dihargai….ceh…

uhu..selasa depan visi dan misi menerjah sekolah tersebut..ceh saya ni pemalu…mahu kah mereka menerima kedatangan saya…

bagaimanakah sekolah itu,orang2nya,adoi PPD pun tolong la lantik orang lain..saya ni bukan tahu sangat..tapi takpela tak salah menolongkan?

dapat gak pahala dibulan mulia nanti..wink wink

Photobucket

~* PIKOM PC FAIR *~


PIKOM PC FAIR
DEWAN MAJLIS PEMBANDARAN TAIPING
31 Julai 2009- 2 Ogos 2009

P/s : Jom serbu….

entri kali ini sebenarnya dah lama …tapi taklah lama sangat minggu lepas je…hari jumaat…aktiviti ni emi uat dua hari berturut2….memang penat giler 15 buah desktop makmal selamat di format..

mula nk format satu pastu nak GHOSTkan je..tapi maklumla komputer lama Ram hanya 512MB dan tak support lak external hard disk so kuburkan la niat tu….cuma sempat la uat CLONE HARD DISK sahaja dan selebihnya format cara biasa…yang ni tak suka ni…lambat yang amat…

nak taknk terpaksa la..selamat tinggal win 98 dan selamat datang windows Xp sp 2…tu je mampu..ada satu pc je Guna win ME…hahaha..takpe janji leh guna ye tak…..

emi tak install banyak..Office 2003,antivirus,install Mozila,CC cleaner,GVr dan Net support School senang sikit nk pantau apa budak tengah uat..huhuuhu…

ingat nak je install norton go Back tapi biar kan la …sian lak bebudak ni..kang tak pasal semua hilang..huhuu..

sebelum tu jenuh la jugak sbb Cd rom semua tak berfungsi..hasil dari Laporan STS..emi dpat la peruntukkan RM 11,759.00 untuk tukar ke DVD RW,SDRAM Pc 100 64Mb ke 512MB,Network Card,dan 9 biji monitor baru….nasib vendor tolong pasangkan menda tu..thanks to CHARISMA TECHNOLOGY for Your Helping

ok meh la kita tgok sikit sebanyak Pc yg sedang di format tu…dan makmal yg dari buruk hasil sentuhan emi leh la berubah sikit..even tak banyak janji sedap mata memandang..ceh puji diri sendiri..sebenarnya berbaloi ngan peruntukkan yg dpt ye tak…


Ni la makmal tempat emi bertapa..hahaha

CPU yg telah terbarai…proses clone HDD ni sebenarnya

Saya Curi jantung dia..hihihi..pinjam jap ye..kawan kamu perlukan bantuan…hihii

Ni proses format biasa…lambat dan leceh

Ni Clone HDD..senang tapi leceh gak sbb kena cabut HDD,…

p/s: to Warga SK Talang..selamat mengguna Lab Komputer..guna la sebaiknya dan dengan penuh tanggung jawab…hihiii



uwaaa sedihnya..xdpt pulang kampung..segalanya menuntut pengorbanan..huh..tensen je rasa harus di minta cuti tanpa record isnin ni…

cuba lihat disitu..suruh jadi penceramah..nk berckp pun tergagap..huhu..harus aku pengsan sabtu ini..dugaan2..*asal la aku setuju.aku pun minggong..x menolak

tapi ilmu kan harus di kongsi..lagi berkah dan nanti makin pandai..tolkan kawan2…..redha jelakan…adoiiii…

ngah nk terima kenyataan la ni

minggu ni sungguh tensen..ada je tak kena di mata org..duduk salah,bangun salah….semua salah…

nmpaknya di sini aku kena latih takyah berkawan ngan org..sbb org kat sini agak2 berdaulat ,…mungkin berada di bawh pintu gerbang yang tertera “DAULAT TUANKU” ataw orang di sini mungkin xnk kawan ngan org baru cam aku..huhuhu..sedih..:(

redha jelakan..memaafkan org tukan lebih mulia..tapi jgn la sampai satu hari tiada maaf bagimu..

P/S: aku ngah tensen ngan seorg ni..hari2 naik bgtaw aku tak baiki kom dia lagi..wahal aku g tgok semalam komp dia mana rosak pun…adakah dia dengki akan kerja aku ataw dia seorg yang bodoh xtahu tentang teknologi….,…

N3 kali ni aku ringkaskan seboleh yang dpat…bukan malas menulis tapi aku sedikit kepenatan dan kehilangan ingatan idea..hihihi..

dan aku sebolehnya akan menyiapkan N3 ini..hihi..aku sebenarnya nak menunjuk lampirkan hasi kerja aku..hihi..aku kan tangan keras..so inila hasilnya…hihii

ermsss bolehla dari takder kan?

aku mmg berbakat langsung tiada bakat lam melukis2 ni..hiii..tapi gagahi jugak la kan?


~* Berehat seketika *~

Aku sedang ke BZ an yang teramat..so sebarang surat menyurat akan dilayan selepas ini..hihihi

P/s: sapa nak tolong aku melukis mural..dipersilakan ye…